Thursday, December 23, 2010

Aduiiiihhh Beratnya

Berat memang berat
Kerna ia memang berat
Beratnya tak terangkat
Dengan satunya kudrat
Kudrat yang perlahan ke penamat

Bila sudah cukupnya saat
Jemputan tiba untuk berangkat
Di bawa pergi ke satu tempat
Tempat perkumpulan umat
Yang baik dan yang jahat
Masing-masing akan mendapat

Wednesday, December 22, 2010

Aduihhhhh Aku Pusing

Kusutnya.....
Dah berhari Aduih yang ku lepaskan
Berkali-kali putar juga sudah pusingnya
Cari kanan
Kanan takder...
Cari kiri
Kiri takder...
Cari depan
Depan takder...
Cari belakang
Belakang takder...
Mungkin atas
Belum kucari...
Mungkin bawah
Belum kucari...
Tak ku pasti
Jumpa atau takder...

Tuesday, December 21, 2010

Aku.......

Kaki ku semakin berat
Nak melangkah pun Mencari kudrat
Andai aku tak punya ALLAH
Mana mampu ku........

Jalan nak ku lalui semakin sempit
Lorong-lorong semakin menghimpit
Sesekali terasa diri tersepit
Andai aku tak punya ALLAH
Mana mampu ku......

Hujan dan Panas
Malam dan Siang
Begitulah perjalanan
(senyuman)

Biarku dalam gerimis
Biarpun gerimis yang panjang
Syukur ku bukan didalam hujan
Hujan lebat yang mendatangkan banjir

Rintihanku hanya padaMu
Rayuanku hanya padaMu
Tangisku hanya padaMu
Harapanku hanya padaMu

Kerna pulangku nanti juga hanya padaMu
Moga........

Tuesday, November 9, 2010

Tudung diTudung berTudung

Jalan-jalan terjumpa artikel ni....
bukan aku punya, cuma tolong sebarkan jer...

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga
tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.

Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.

Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.

Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

*berpesan2 dgn kebenaran..memberi teguran tanda sayang.

agaknya saudara wanita kita tergolong kat ner.....
ayuh kita berubah.....
dengan nekad yang kuat....
minta ALLAH berikan hidayah,
agar bisa berubah menjadi Muslimah.....

Friday, September 10, 2010

SIAPA GOLONGAN DAYUS

DAYUS.....

Lelaki cukup marah bila dilabel dayus.
Pantang sungguh dengan ayat tu.
Tapi tanpa sedar ramai sebenarnya lelaki telah menjadi DAYUS.
Kerana pada pemahaman ramai, DAYUS hanyalah bila seorang suami membiarkan/tak kisah bila isterinya membuat perkara sumbang dengan lelaki lain. Akan tetapi pengertian DAYUS adalah lebih besar dari itu. Aku akan cuba sampaikan semudah yg mungkin.

(Aku tidak terkecuali.. Moga ALLAH ampunkan aku..)

Di sini aku berikan sedikit contoh situasi atau keadaan yang boleh menyebabkan lelaki menjadi DAYUS.

1-Bakal suami isteri dalam majlis akad nikah. Bakal isteri tidak menutup aurat. Bilamana selesai majlis akad nikah maka sahlah pasangan ini menjadi suami isteri. Suami tersebut percuma saja dapat gelaran DAYUS kerana membiarkan isterinya mendedahkan aurat. Kerana redha aurat isteri dijadikan totonan menyebabkan suami menjadi DAYUS.
Sepatutnya sebelum majlis akad nikah bakal suami harus terus menyuruh bakal isteri menutup aurat.

2-Abang/Adik/Bapa yang membiarkan adik/kakak/anak perempuan mendedahkan aurat juga tergolong dalam golongan DAYUS.

3-Membiarkan adik/kakak/anak perempuan keluar dangan pasangan yg bukan mahram (dating), kerana perbuatan dating ini adalah tergolong dalam perbuatan menghampiri zina. Sedangkan ALLAH menegah kita menghampiri zina.

Terlalu banyak contoh yg diberikan oleh Ustaz aku, tapi aku tepek sikit je la..

kalau rasa nak tahu lebih lanjut, nak lebih faham apa itu DAYUS..
klik link ini... dari Ustaz Zaharuddin

www.zaharuddin.net/content/view/546/95


Ayuh kaum lelaki, jauhilah dari menjadi DAYUS.
Wahai kaum wanita bersama-samalah selamatkan mereka-mereka (lelaki) yang anda sayangi..
Moga bahagia di syurga bersama.....

Tuesday, August 31, 2010

DOSA YANG DIPANDANG RINGAN

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.

Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.

Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman, beliau bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ
، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.

“Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; Kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1680.)

Termasuk di dalam kategori ini adalah pakaian sebagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bagiannya, sehingga ketika duduk nampak auratnya.

Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model serta busana jahat yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.


Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian, seperti: Gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan cawan arak, Juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, lambang-lambang persatuan dan organisasi-organisasi non Islam; Juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dengan bahasa asing.

p/s: contoh cam kek bawah ni lar..hampehh





















(sumber internet)

Thursday, April 29, 2010

AURAT WANITA ISLAM



Aku bukan seorang Ustaz
Bukan Ulama
Bukan Mufti
Bukan juga golongan pandai agama
Cuma ingin berkongsi secebis ilmu yang Allah pinjamkan.

Aku terasa amat-amat sedih melihat keadaan wanita-wanita islam di zaman ini, (maaf aku nak khususkan untuk wanita dulu dalam ruangan ini). Aku perhatikan ramai yang tertipu dengan fesyen Busana Muslimah atau Busana Tak Muslimah (yg ni lagi teruk). Ramai wanita ISLAM sekarang aku tengok mula bertudung. Alhamdulillah.....

Tapi dalam masa yang sama masih terdedah auratnya.... Buat masa ini kekuatan aku hanya mampu menegur ahli keluarga dan dengan cara sembunyi begini. mudah-mudahan ALLAH beri kekuatan untuk aku menegur masyarakat umum pula.


Ni antara contoh cara bertudung zaman sekarang.
  1. Bertudung takat tutup rambut jer. Leher masih didedahkan, subang ditonjolkan.
  2. Bertudung tapi berkemeja lengan pendek. (fesyen ini yg paling banyak aku jumpa). Ada yang takat tutup ketiak tapi bertudung gak.
  3. Bertudung tapi seluar hanya lepas paras lutut je. betis terdedah.
  4. Bertudung tapi seluar ketat. sekarang ni aku tengok dah jadi fesyen. Kemana aku pergi PASTI jumpa wanita yang memakai seluar panjang tapi pakai seluar jog ketat. Dah terdedah bentuk paha dan punggung.
  5. Bertudung tapi tudung singkat atau di selempangkan. Maka bentuk dada terdedah.

Bukankah aurat WANITA ISLAM adalah satu badan kecuali MUKA dan KEDUA TAPAK TANGAN. Aku rasa ini bab yg paling mudah nak ingat. Kalau tanya semua wanita ISLAM aku yakin semua boleh jawab, cuma tak buat... Nape???? Yang punya badan je yg boleh jawab.

Apabila wanita itu bertudung hendaklah ia di labuhkan hingga menutupi bentuk dadanya. Apabila berpakaian hendaklah ia dilabuhkan hingga menutupi pungungnya. Jika masih tak mencukupi hendaklah ia melonggarkan pakaiannya.

Muslimah sekalian, bertudung pun jangan kerana tudung tu cantik, fesyen terkini dan sebagainya. Bertudunglah kerana niat menutup aurat, mudah-mudahan mendapat pahala. Ini pesanan Ustaz aku.

Insyaallah, panjang umur aku akan sambung pula kaitan aurat wanita ni dengan lelaki.