Thursday, December 23, 2010
Aduiiiihhh Beratnya
Kerna ia memang berat
Beratnya tak terangkat
Dengan satunya kudrat
Kudrat yang perlahan ke penamat
Bila sudah cukupnya saat
Jemputan tiba untuk berangkat
Di bawa pergi ke satu tempat
Tempat perkumpulan umat
Yang baik dan yang jahat
Masing-masing akan mendapat
Wednesday, December 22, 2010
Aduihhhhh Aku Pusing
Dah berhari Aduih yang ku lepaskan
Berkali-kali putar juga sudah pusingnya
Cari kanan
Kanan takder...
Cari kiri
Kiri takder...
Cari depan
Depan takder...
Cari belakang
Belakang takder...
Mungkin atas
Belum kucari...
Mungkin bawah
Belum kucari...
Tak ku pasti
Jumpa atau takder...
Tuesday, December 21, 2010
Aku.......
Nak melangkah pun Mencari kudrat
Andai aku tak punya ALLAH
Mana mampu ku........
Jalan nak ku lalui semakin sempit
Lorong-lorong semakin menghimpit
Sesekali terasa diri tersepit
Andai aku tak punya ALLAH
Mana mampu ku......
Hujan dan Panas
Malam dan Siang
Begitulah perjalanan
(senyuman)
Biarku dalam gerimis
Biarpun gerimis yang panjang
Syukur ku bukan didalam hujan
Hujan lebat yang mendatangkan banjir
Rintihanku hanya padaMu
Rayuanku hanya padaMu
Tangisku hanya padaMu
Harapanku hanya padaMu
Kerna pulangku nanti juga hanya padaMu
Moga........
Tuesday, November 9, 2010
Tudung diTudung berTudung
bukan aku punya, cuma tolong sebarkan jer...
Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.
“Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.
Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.
Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
*berpesan2 dgn kebenaran..memberi teguran tanda sayang.
agaknya saudara wanita kita tergolong kat ner.....
ayuh kita berubah.....
dengan nekad yang kuat....
minta ALLAH berikan hidayah,
agar bisa berubah menjadi Muslimah.....
Friday, September 10, 2010
SIAPA GOLONGAN DAYUS
Lelaki cukup marah bila dilabel dayus.
Pantang sungguh dengan ayat tu.
Tapi tanpa sedar ramai sebenarnya lelaki telah menjadi DAYUS.
Kerana pada pemahaman ramai, DAYUS hanyalah bila seorang suami membiarkan/tak kisah bila isterinya membuat perkara sumbang dengan lelaki lain. Akan tetapi pengertian DAYUS adalah lebih besar dari itu. Aku akan cuba sampaikan semudah yg mungkin.
(Aku tidak terkecuali.. Moga ALLAH ampunkan aku..)
Di sini aku berikan sedikit contoh situasi atau keadaan yang boleh menyebabkan lelaki menjadi DAYUS.
1-Bakal suami isteri dalam majlis akad nikah. Bakal isteri tidak menutup aurat. Bilamana selesai majlis akad nikah maka sahlah pasangan ini menjadi suami isteri. Suami tersebut percuma saja dapat gelaran DAYUS kerana membiarkan isterinya mendedahkan aurat. Kerana redha aurat isteri dijadikan totonan menyebabkan suami menjadi DAYUS.
Sepatutnya sebelum majlis akad nikah bakal suami harus terus menyuruh bakal isteri menutup aurat.
2-Abang/Adik/Bapa yang membiarkan adik/kakak/anak perempuan mendedahkan aurat juga tergolong dalam golongan DAYUS.
3-Membiarkan adik/kakak/anak perempuan keluar dangan pasangan yg bukan mahram (dating), kerana perbuatan dating ini adalah tergolong dalam perbuatan menghampiri zina. Sedangkan ALLAH menegah kita menghampiri zina.
Terlalu banyak contoh yg diberikan oleh Ustaz aku, tapi aku tepek sikit je la..
kalau rasa nak tahu lebih lanjut, nak lebih faham apa itu DAYUS..
klik link ini... dari Ustaz Zaharuddin
www.zaharuddin.net/content/view/546/95
Ayuh kaum lelaki, jauhilah dari menjadi DAYUS.
Wahai kaum wanita bersama-samalah selamatkan mereka-mereka (lelaki) yang anda sayangi..
Moga bahagia di syurga bersama.....
Tuesday, August 31, 2010
DOSA YANG DIPANDANG RINGAN
Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.
Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.
Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman, beliau bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.
“Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; Kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1680.)
Termasuk di dalam kategori ini adalah pakaian sebagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bagiannya, sehingga ketika duduk nampak auratnya.
Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model serta busana jahat yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.
Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian, seperti: Gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan cawan arak, Juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, lambang-lambang persatuan dan organisasi-organisasi non Islam; Juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dengan bahasa asing.
p/s: contoh cam kek bawah ni lar..hampehh
(sumber internet)
Thursday, April 29, 2010
AURAT WANITA ISLAM
Bukan juga golongan pandai agama
- Bertudung takat tutup rambut jer. Leher masih didedahkan, subang ditonjolkan.
- Bertudung tapi berkemeja lengan pendek. (fesyen ini yg paling banyak aku jumpa). Ada yang takat tutup ketiak tapi bertudung gak.
- Bertudung tapi seluar hanya lepas paras lutut je. betis terdedah.
- Bertudung tapi seluar ketat. sekarang ni aku tengok dah jadi fesyen. Kemana aku pergi PASTI jumpa wanita yang memakai seluar panjang tapi pakai seluar jog ketat. Dah terdedah bentuk paha dan punggung.
- Bertudung tapi tudung singkat atau di selempangkan. Maka bentuk dada terdedah.
Bukankah aurat WANITA ISLAM adalah satu badan kecuali MUKA dan KEDUA TAPAK TANGAN. Aku rasa ini bab yg paling mudah nak ingat. Kalau tanya semua wanita ISLAM aku yakin semua boleh jawab, cuma tak buat... Nape???? Yang punya badan je yg boleh jawab.
Apabila wanita itu bertudung hendaklah ia di labuhkan hingga menutupi bentuk dadanya. Apabila berpakaian hendaklah ia dilabuhkan hingga menutupi pungungnya. Jika masih tak mencukupi hendaklah ia melonggarkan pakaiannya.
Muslimah sekalian, bertudung pun jangan kerana tudung tu cantik, fesyen terkini dan sebagainya. Bertudunglah kerana niat menutup aurat, mudah-mudahan mendapat pahala. Ini pesanan Ustaz aku.
Insyaallah, panjang umur aku akan sambung pula kaitan aurat wanita ni dengan lelaki.
Thursday, April 15, 2010
Hampirnya Ajal
Bukan mahram raba meraba
Kau biar diperlaku dengan rela
Sudah puas kau telan air haram
Fikiran pun dah mula merawang
Barulah mahu kau tinggalkan
Rumah ibadahmu
Pusat hiburan
Dalam perjalanan
Berdentum kenderaan
Belakang lori kau hentam
Kau kemalangan....
Syukurlah Allah beri peluang
Roh dan jasad tidak dipisahkan
Disaat tubuhmu separuh telanjang
Di bibir kau mengaku Islam
Di hati kau istana syaitan
Apa dosa yang kau tinggal
Lalu berani mengaku Islam
Jika tadi Allah izinkan
Malaikat pisahkan roh dan jasad
Apakah yang kau harapkan
Mati mu itu Husnul Khatimah?
Kerna Allah itu Maha Penyayang
Maka kau diberi peluang
Mata yang pejam Allah celikkan
Fikiran yang tidur kini terjaga
Jasad yang longlai dah cergas semula
Jadikan peluang ubah kehidupan
Tinggalkan alam syaitan
Hampirkan diri dengan Allah
Biar bertatih biar merangkak
Harus istiqamah
Mudah-mudahan Allah
Hadiahkan Jihad
Tuesday, March 30, 2010
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Wednesday, March 10, 2010
Mana Insaf
Nabi Muhammad itu pesuruhmu
Setiap hari kalimah itu yang ku ungkap
Tapi mengapa ingkar juga ku perbuat
Apakah tiada kasih ku pada-MU?
Apakah tiada cintaku pada-MU?
Tapi RAHIM-MU masih ada untukku...
Adakah ruang untukku di syurga?
Ajaran Kekasihmu yang cukup lengkap
Tapi mengapa di hati ini masih tidak melekat
Telah hitamkah hati ini kerna maksiat?
Cinta sungguh Kekasihmu kepada umat
Menyebut "ummatku" ketika wafat
Pasti sedih umat yang taat
Tiap kali nama Baginda di ingat
Layakkah aku menjadi umat?
Layakkah aku mendapat Syafaat?
Sedang iman ku masih tak cukup sifat...
aku tahu setiap perjalanan pasti ada perhentian. setiap kehidupan pasti penghujungnya kematian. jawapan yang telah ALLAH bongkarkan sekian lama. tapi aku kerap terleka kerna enaknya dunia. tak bermaksud aku salahkan dunia, kerna aku disini pun atas izin-NYA. salahnya adalah aku sendiri yang mengizinkan diri ini terleka dengan nikmat dunia, sedangkan nikmat ALLAH yang lebih hebat menanti di syurga. Telah Allah jelaskan segalanya, tapi dasar manusia bertaraf hamba (segelintir hamba) yang tak sedar kedudukan diri. hendak mencabar MAHA KUASA, MAHA PENCIPTA.
mudah-mudahan aku punya kekuatan untuk melakukan perubahan. padamu YA RABBI aku memohon datangkanlah hidayah berterusan pada diriku. agar kecintaanku pada-MU semakin mendalam. agar cintaku pada-MU semakin menebal. agar kasihku pada Kekasih-MU melebihi kasih kepada insan. kerna dengan iman yang lengkap sahaja memungkin aku untuk beroleh syafaat.
aku tahu aku tidak layak ke syurga-MU
tapi aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, March 9, 2010
CINTA AGUNG
Hari ini aku berjalan di bumi-MU
Setiap tapak yang aku langkahi
Adakah dosa yang kucicirkan?
Setiap degup jantungku Kau gerakkan
Adakah Engkau ku ingatkan?
Ya Rahim..
Segala ihsan Kau curahkan
Keatas ku yang hanya hamba kepada Tuan
Tapi dasar hamba yang ingkar
Pelbagai dosa aku taburkan
Sekerap masa Engkau ku lupakan
Ya Allah..
Bilakah mungkin ku bisa
Mencapai tahap mencinta-MU
Walau ku tahu
Engkaulah sebenar-benarnya
Cinta Agungku...
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan Melainkan Engkau
Engkau Cinta Agungku
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau Sumber Bahagia
Engkau Sumber Keselamatan
Ya Allah Engkau Sumber Keamanan
Engkau Adalah Segalanya
Ya Allah Engkaulah Pelindungku
Engkaulah Sumber Rezkiku
Diwaktu Sakit Kau Sembuhkan
Diwaktu Lapar Kau Beri Makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku Haraplah Dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah Cintaku Tidak Dibalas
Jangan Biarkanku Tanpa Pimpinan
Pimpinlah Aku Ke Jalan Yang Benar
Kepada Engkaulah Harapanku
Janganlah Hampakan Perasaanku
-Nyanyian Qathrunnada-
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Thursday, March 4, 2010
Esok Hari JUMAAT
Salam,
Kerna Esok Hari JUMAAT, makanya ingin ku kongsi sedikit dengan kalian.
RAHSIA JUMAAT
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.
Salam.
Illal Liqa'
Monday, March 1, 2010
Kaifa Halluk
Kaifa Halluk..
tgh dok hafal bilah2 bahasa arab...
balik dari kerja, biasanya aku sampai ke rumah jam 6:30 petang...
Biasanya aku punatkan saluran TV9...
tengok rancangan, mari mengaji, mari bertarannum...sekarang ni plak ada bahasa arab...
anak2 pun suka tengok...
sikit2 tu melekat juga la kat kotak fikiran aku ni...
tapi tak boleh isi banyak sangat...sebab processor aku slow...
masih pada tahap pentium IV...
tengah seronok kerja ni dapat projek baru...
jalan skit otak aku...
baru rasa fresh...
nak sambung kerja semula...
rajin dah bermula...
cam anak dapat gula-gula...
kalau tak rajin mana ada kerja..
dah takder kerja rezeki pun takder...
dah rezki takder nak makan ape...
dah tak makan mana ada upaya..
dah takde upaya ibadah ada buat ker...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
salam
illal liqa'
Wednesday, February 24, 2010
Ini Hari...
hari ni kerja...
sok cuti lar plak...
aku baru nak dapat mood rajin bekerja setelah lama bercuti sempena CNY...
walaupun aku tak la rajin mana pun...
rajin datang kerja jer..
wat kerja tak braper rajin...
sebab kerja pun tak rajin datang kat aku..
nko punya pasal la rajin...
kerja mau rajin...
sumbat perut rajin tak rajin...
ibadat kna giler punyer rajin...
wat dosa jgn brani rajin..